19 Jun 2013 - 19:30
JAIS siasat markas Dajjal Bashrah

Kumpulan ajaran sesat Dajjal Bashrah disiasat setelah membuka markas mereka di Malaysia

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyiasat kemunculan sebuah markas kepunyaan pengikut ajaran sesat yang dilabel sebagai "Dajjal Bashrah" setelah klip video pelancaran markas mereka beredar dalam internet beberapa hari lalu. Klip video hampir 5 minit itu memaparkan jemaah Dajjal Bashrah ini sedang menunaikan solat, menjamu selera dan mengikuti sesi suai kenal di dalam markas mereka.Menurut Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIS, Sharom Maarof, pihaknya akan mengambil tindakan sekiranya kumpulan tersebut didapati cuba mengembangkan ajaran mereka.Melanjutkan gerakan Jundus Sama Pada tahun 2008 pihak berkuasa Iraq berjaya menangkap 45 orang pengikut kumpulan Dajjal Bashrah yang terlibat dalam kegiatan militan Jundus Sama (Tentera Langit) bersama sejumlah senjata api ketika kubu mereka digempur askar kerajaan. Walau bagaimanapun pemimpin spiritual mereka Ahmad al-Hasan berjaya melarikan diri. Menurut jurucakap wilayah Najaf, kumpulan Dajjal Bashrah ini melanjutkan kegiatan militan Jundus Sama dan pernah melakukan beberapa siri pengeboman di Iraq dengan bantuan dana dari sebuah negara Arab.Gerakan DajjalSalah seorang ulama Syiah yang tersohor, Syeikh Ali al-Kurani dalam beberapa ceramahnya menegaskan bahawa kumpulan ini merupakan salah satu daripada gerakan-gerakan Dajjal yang dibiayai oleh golongan Wahabi sehingga mendorong beliau menulis buku berjudul Dajjal Bashrah yang membuktikan kesesatan kumpulan ini secara ilmiyah dan berdasarkan pengalamannya berhadapan dengan mereka.Menurut beliau pemimpin Dajjal Bashrah, Ahmad al-Hasan pada mulanya mengaku sebagai al-Yamani, setelah itu mendakwa dirinya sebagai duta Imam Mahdi, anak Imam Mahdi, washi dan mempunyai mukjizat. Kepalsuan Ahmad al-Hasan amat ketara apabila beberapa kali tersalah membaca al-Quran dalam ucapannya meskipun mengaku maksum. Kumpulan ini juga dikatakan menggunakan bintang Israel sebagai logo gerakan mereka.